Majlis Pelancaran KPD Avenue Sempena Tamu KPD September 2023 [2023-09-30]


KPD Avenue meliputi ruang Tamu KPD, Pejabat Pemasaran KPD, Fresh Mart KPD, Pasar Harian, Sunset Deck dan Medan Selera yang telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Antara peranan KPD Avenue ialah sebagai platform pemasaran hasil tani segar dan berkualiti, memberi ruang dan peluang lebih ramai petani dan usahawan tempatan menceburi bidang perniagaan, menyediakan kemudahan pembungkusan produk, menyediakan lokasi strategik dengan kemudahan infrastruktur untuk menarik lebih ramai pelanggan dan pelancong, dan, menyediakan Sun Deck ruang santai bersama medan selera tepi laut, berpeluang menikmati ‘sun set’ pada waktu tertentu, sambil menjamu hidangan berkonsepkan ‘International Food Court’ dan menu pelbagai negara pada harga yang berpatutan